Wednesday 15 June 2011

Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)




PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain.

Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program kepanduan mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam pergerakan kepanduan seluruh dunia.

Persetiaan & Undang-Undang Kepanduan
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Kepanduan


Piagam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:
  • Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti
  • Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan
  • Melahirkan ahli yang berkaliber
  • Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
  • Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
  • Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran


Misi & Visi
Misi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat."

Visi
"PPPM bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. PPPM akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok."

Nilai-Nilai Teras
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa:
  • Integriti
  • Kejujuran
  • Hormat-menghormati
  • Tolerasi
  • Kasih Sayang
  • Bantu-membantu


Objektif Am
Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif.

Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain.
Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
  • Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
  • Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

1 comment:

  1. Best Slots Casinos in New York City 2021 - Mapyro
    Free Slots. At Mapyro, you can bet on your favorite 세종특별자치 출장샵 slots 시흥 출장샵 and many other casino games. All your 논산 출장안마 favorite 고양 출장마사지 casino games are waiting for you. 여주 출장샵

    ReplyDelete